Kunjungan Hormat Tuan Guru Syeikh Haji Wazir ke JAKIM: Memperkasa Institusi Pondok dan Agenda Pendidikan Negara


 






28 November 2025 | Putrajaya

Yang Berbahagia Tuan Guru Syeikh Haji Wazir bin Che Awang Al-Makki bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kunjungan ini berlangsung atas jemputan Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pertemuan empat mata tersebut memberi fokus kepada perbincangan strategik mengenai Pemerkasaan Institusi Pondok serta halatuju Pelan Pembangunan Universiti Pondok. Kedua-dua agenda ini dianggap penting dalam memastikan kesinambungan pendidikan tradisi Islam serta memperkukuh peranan institusi pondok dalam sistem pendidikan negara.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Yang Berusaha Ustaz Mohamad Shahrill bin Mat Isa bersama beberapa orang tuan guru yang lain, yang turut menyumbang pandangan dan cadangan dalam memperkemas ekosistem pendidikan pondok di Malaysia.

Semoga usaha dan perbincangan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ilmu, reformasi pendidikan Islam, dan kesejahteraan umat.

Terus bekerja, demi umat!
Fastabiqul khairat!

No comments:

Post a Comment