Logo PPPYIK


Penjelasan Rasional Logo PPPYIK

Bentuk Kaabah (Hitam & Merah)
Menunjukkan simbol kiblat kepada seluruh umat Islam dan menjadi tumpuan seluruh ulamak.
Bulan Sabit & Bintang (Kuning)
Melambangkan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi yang bernaung di bawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.
Al-Quran di atas Rahal (Bulatan Hijau)
Bermaksud kitab suci Al-Quran sebagai pedoman dan sumber rujukan sepanjang hayat yang mampu menyelamatkan ummah.
Cahaya di Sekeliling Bintang
Melambangkan kitab suci Al-Quran sebagai sumber ilmu yang menjadi penyuluh dan panduan hidup.
إنما العلم بالتعلم
“Sesungguhnya ilmu dapat diperolehi melalui belajar.”
دار التعليم الدين
Menjelaskan nama institusi pendidikan iaitu Pusat Pengajian Pondok.
المؤسسة الإسلامية بكلنتان
Menunjukkan Pusat Pengajian Pondok berada di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.
Tahun Penubuhan
Diasaskan pada tahun 1984 Masihi bersamaan 1404 Hijrah.
Akronim “PPP”
Singkatan kepada Pusat Pengajian Pondok.
Akronim “YIK”
Singkatan kepada Yayasan Islam Kelantan.

No comments:

Post a Comment