Bachok, 1 April 2026 - Pusat Pengajian Pondok menyaksikan pelaksanaan Solat Istisqa’ dalam suasana penuh keinsafan dan pengharapan, apabila para pelajar, guru serta masyarakat setempat berhimpun bagi memohon rahmat hujan daripada Allah SWT.
Majlis yang berlangsung dengan penuh khusyuk ini turut disertai oleh para alim ulama, barisan asatizah dan penduduk sekitar yang bersama-sama merendahkan diri serta menzahirkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Kehadiran ramai pihak mencerminkan kesedaran bersama dalam menghadapi musim panas dan kekurangan hujan yang melanda ketika ini. Para hadirin turut diseru agar memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan serta memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.
Solat Istisqa’ bukan sekadar ikhtiar memohon hujan, malah menjadi simbol pengharapan dan keinsafan bahawa setiap nikmat, termasuk hujan, adalah tanda rahmat dan kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya.
Majlis diakhiri dengan doa agar dikurniakan hujan yang bermanfaat, diturunkan keberkatan serta dipermudahkan segala urusan masyarakat yang sedang berdepan cabaran cuaca semasa.
#PPPYIK2026 #SolatIstisqa #PenghayatanIslam














No comments:
Post a Comment