Kursus Ilmu Falak Tujuh Majlis Perkayakan Ilmu Pelajar Madrasah Darul Ulum








Kursus Pengenalan Ilmu Falak yang berlangsung pada 25 Disember 2025 telah diadakan sebanyak tujuh majlis dan dikendalikan oleh al-Fadhil al-Ustaz Mohd Nor Husain. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar dari Pondok Moden Kandis, Kelantan, yang dijemput khas oleh Tuan Guru Haji Sabaruddin.

Al-Fadhil al-Ustaz juga merupakan pengkuliah pertama bersempena Dawrah Ilmu Falak & Faraidh 2025 yang berlangsung di Madrasah Darul Ulum, Pahang. Dalam sesi pengkuliahan tersebut, beliau telah menerangkan kepada para santri perkara-perkara berkaitan jadual dan formula penentuan tarikh, iaitu Tarikh Julian, Tarikh Gregorian dan Tarikh Hijrah.

Selain itu, beliau turut menghuraikan sejarah berkaitan sistem tarikh tersebut secara terperinci serta kaedah menukarkan tarikh-tarikh berkenaan secara manual. Di akhir pengajian, beliau mengajarkan kaedah menentukan hisab waktu solat menggunakan Sistem Falak Spera melalui pengiraan Waktu Istiwa dan Deklinasi Matahari terlebih dahulu.


 

No comments:

Post a Comment