Perdana Menteri Ziarah Pusat Pengajian Pondok YIK, Umum Sumbangan RM2.1 Juta


 












ALHAMDULILLAH

8 Ogos 2025 | Pusat Pengajian Pondok (YIK)

Pusat Pengajian Pondok (YIK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sempena Program Mahabbah Madani Umara’ dan Ulama’ Pondok Kelantan yang telah berlangsung dengan penuh makna dan keberkatan.

Ketibaan YAB Perdana Menteri ke pusat pengajian ini jelas mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan beliau terhadap institusi pendidikan Islam serta pembangunan agama di negara ini. Turut mengiringi beliau dalam lawatan bersejarah tersebut ialah YAB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Lawatan penuh mesra ini menjadi simbol sokongan padu kerajaan terhadap peranan pondok sebagai tunjang pembinaan ilmu, akhlak dan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat. Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan berjumlah RM2.1 juta bagi tujuan pembangunan Pusat Pengajian Pondok ini, sekali gus memberi nafas baharu kepada usaha memperkasakan pendidikan Islam secara holistik.

Semoga Allah SWT memberkati segala jasa, sumbangan dan ikhtiar YAB Perdana Menteri serta seluruh pimpinan negara dalam memartabatkan Islam dan memajukan ummah di bumi Malaysia tercinta.

No comments:

Post a Comment