Program Mahabbah Malaysia Di Pusat Pengajian Pondok YIK


 



𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Kelantan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan program Mahabbah Malaysia di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan, di Bachok sempena sambutan bulan kemerdekaan tanah air.

Program ini diadakan dengan objektif untuk menyampaikan mesej-mesej kenegaraan dan patriotisme serta mewujudkan hubungan antara agensi kerajaan dengan pelajar-pelajar pondok.

Program ini telah diadakan dalam dua sesi dengan sesi pertama diadakan dalam bentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai daripada AKM Kelantan manakala sesi kedua dalam bentuk forum yang telah menampilkan 2 orang panel iaitu Tuan Haji Amidi bin Abdul Rahman (Ahli Lembaga Pengarah YADIM), dan Tuan Mahadi bin Awang (Pengarah YADIM Kelantan).

Ketua Pengarah AKM, Dato’ Dr Roslan bin Hussin telah menyempurnakan majlis perasmian penutup. Turut hadir sama Sheikh Pusat Pengajian Pondok berkenaan, Ustaz Muhamad Aziz bin Che Man dan Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) Ustaz Ismail.

Semoga jalinan kerjasama ini terus memperkukuh usaha pembudayaan nilai kenegaraan dan patriotisme  dalam kalangan warga pondok.





#AkademiKenegaraanMalaysia

#PejabatPerdanaMenteri

#JabatanPerdanaMenteri

#MalaysiaMADANI

#RukunNegaraMenyatukanKita

#TekadMembinaNegaraBangsa

#AKMNegeriKelantan

#PLKPasirMas

#TaatSetia

#AkuKasihMalaysia


No comments:

Post a Comment