Penganugerahan Tokoh Agamawan Kepimpinan Dakwah sempena Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M


 


5 September 2025 | 12 Rabiul Awal 1447H

Alhamdulillah 

Pusat Pengajian Pondok (YIK) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Guru Haji Syeikh Wazir bin Che Awang atas penganugerahan Tokoh Agamawan Kepimpinan Dakwah sempena Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H / 2025M.

Sesungguhnya anugerah ini adalah pengiktirafan terhadap jasa, ilmu dan khidmat bakti Tuan Guru dalam perjuangan dakwah serta membimbing umat ke arah kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

🌿 Semoga Allah terus memberkati Tuan Guru dengan kesihatan, keberkahan usia dan istiqamah dalam memimpin umat.

اللهم إنا نسألك أن تحفظ بعين عنايتك الربانية وتحفظ بحفظ وقايتك الصمدنية صاحب الفضيلة الشيخ الأستاذ الحاج وزير بن جيء أوانج

#MaulidurRasul1447H

#TokohAgamawan

#SekalungTahniah

#PusatPengajianPondok

No comments:

Post a Comment