Alhamdulillah, pada Ahad, 21 September 2025, Pusat Pengajian Pondok telah menerima kunjungan Dato’ Profesor Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), bagi berkongsi pandangan serta memberikan tunjuk ajar dalam usaha merealisasikan pengiktirafan MQA.
Pertemuan dua hala ini turut disertai oleh wakil rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu Ustaz Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, Timbalan Pengarah (Sekolah), serta Haji Rosdi bin Zakaria, Penolong Pengarah (Kurikulum dan Arab Ugama).
Turut hadir memeriahkan majlis perbincangan ini ialah Syeikh Mohamad Aziz bin Cheman selaku Syeikh Pondok, Abuya Syeikh Wazir, serta beberapa orang guru Pusat Pengajian Pondok YIK.
Selain itu, pertemuan ini turut dihadiri oleh Dr. Mahyudin bin Daud, wakil Alumni Pusat Pengajian Pondok YIK, yang membawa suara para alumni demi kelestarian dan kemajuan pengajian di PPPYIK.
Semoga pertemuan penuh barakah ini menjadi titik tolak kepada strategi yang lebih berkesan dalam mengangkat martabat pengajian pondok di persada kebangsaan.
https://www.facebook.com/share/p/1AMKF7JPfx/
No comments:
Post a Comment